Thursday 22 December 2016

FAKE BRACES - ILLEGAL DENTISTRY

Oleh: Dr. Shamsuhaili Binti Fazil


21.12.16

Dr. Ahmad Fadhil B. Mohamad Shahidi telah berpeluang ke udara di Radio Kedah fm bersama DJ Hamdan di dalam slot My Sihat. Beliau telah menyampaikan info-info berkaitan “Fake Braces – Illegal Dentistry”.



Berikut adalah petikan ceramah beliau:


SESI PERTAMA: PENGAMAL PERGIGIAN HARAM


Saya, Dr Ahmad Fadhil B. Mohamad Shahidi, dari Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS), Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan dari pertemuan pagi ini untuk perkenalkan Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ini. Ia adalah sebuah unit yang berfungsi untuk mengawal segala aktiviti-aktiviti atau amalan berkaitan Perubatan Swasta. Ianya tertakluk kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Antara sumber rujukan lain adalah seperti berikut:
  • Akta Pergigian 1971 (Akta 51),
  •  Akta Perubatan 1970 (Akta 50),
  •  Peraturan –peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006
  • Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006,
  • Code of Profesional Conduct serta beberapa garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian melalui  Majlis Pergigian Malaysia atau Majlis Perubatan Malaysia.

Merujuk kepada seksyen 2 Akta 586 Jagaan Kesihatan Swasta – ertinya mana-mana premis, selain kemudahan jagaan kesihatan kerajaan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan seperti hospital, hospis, pusat jagaan ambulatory, rumah jagaan kejururawatan, rumah bersalin, pusat haemodylisis, klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta.

Dalam konteks klinik pergigian swasta yang berdaftar, tugas kami untuk mengawal selia segala aktiviti berkaitan Amalan Pergigian Swasta adalah termasuk:

  •  Pendaftaran baru klinik-klinik pergigian swasta.
  • Pemantauan berkala iaitu sekurang-kurangnya setahun sekali. Sehingga kini terdapat 65 buah klinik pergigian swasta di Negeri Kedah.
  • Memproses sebarang aduan terhadap klinik pergigian swasta yang diajukan kepada kami.

Selain itu, kami juga bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti atau amalan yang dilakukan oleh pengamal-pengamal pergigian tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia atau dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Pengamal Pergigian Haram, Illegal Dentistry, Quek Dentistry dan Doktor Gigi Jalanan. Sebagai contoh, pengamal pergigian haram ini menawarkan pemasangan alat pendakap gigi kepada pesakit yang mempunyai masalah pergigian. Mereka ini bukan doktor gigi yang sah di sisi undang undang. Mereka menyamar sebagai doktor pergigian. Mereka tidak mempunyai sebarang kelayakan dan kelulusan atau sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Mereka juga tidak memiliki “Perakuan Pendaftaran Pengamal Pergigian” yang ditandatangani oleh Pendaftar Pengamal Pergigian, Majlis Pergigian Malaysia.


Nantikan petikan ceramah Dr. Ahmad Fadhil seterusnya seperti berikut:

SESI KEDUA:          FAKE BRACES

SESI KETIGA:         TIP-TIP MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA PENGAMAL PERGIGIAN HARAM

SESI KEEMPAT:     IMPLIKASI FAKE BRACES KEPADA MASYARAKAT DAN PENGAMAL PERGIGIAN HARAM



Sumber daripada skrip asal oleh Dr. Ahmad Fadhil B. Mohamad Shahidi 

Thursday 15 December 2016

KLINIK PERGIGIAN UTC DI KEDAH sudah beroperasi !!!!

Klinik Pergigian UTC di kedah yang merupakan klinik pergigian 1 Malaysia sudah beroperasi sejak Ogos yang lalu yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib b Tun Razak. Klinik ini terletak di tingkat 1 Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar.




Sedikit Informasi mengenai UTC Kedah
UTC Kedah yang berkeluasan 77,688 meter persegi di bangunan enam tingkat yang dahulunya merupakan bangunan pasaraya City Point Milik Majlis Bandaraya Alor Setar, merupakan UTC kelima di negara ini selepas dibuka di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Perak. Terletak ditengah-tengah Pusat Bandaraya Alor Setar, mempunyai lebih dari 22 agensi Kerajaan dan Swasta di tempatkan dibawah satu bumbung bagi memberikan perkhidmatan yang lebih sempurna kepada masyarakat dan rakyat Kedah



WAKTU OPERASI KLINIK PERGIGIAN UTC

Setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.00 malam
Tutup pada cuti umum



Karnival Hari Penyayang

Promosi kesihatan telah diadakan bersempena Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah pada
26 dan 27 Jun 2013 di Stadium Darul Aman











Menjunjung Kasih Yang  Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Shafinas yang telah sudi melawat booth pameran kesihatan pergigian


Terima kasih dan taniah diucapkan kepada staff dari Pergigian Daerah Kota Setar yang telah menjayakan promosi kesihatan pergigian sempena Karnival Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah.

Pergigian Kedah

Kami Sedia Membantu



Kami adalah peneraju agensi kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan kesihatan pergigian di negeri Kedah. dalam usaha mempromosikan kesihatan pergigian, pelbagai perkhidmatan promosi teah dijalankan untuk menambahbaik status kesihatan pergigian rakyat

Perkhidmatan yang disediakan seperti

i) Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer
ii)Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pakar
iii)Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Masyarakat