Oleh: Dr. Shamsuhaili Binti Fazil
Seperti yang
dijanjikan sesi kedua ceramah radio
oleh Dr. Ahmad Fadhil B. Mohamad Shahidi.
Beliau yang telah ke udara di Radio
Kedah fm bersama DJ Hamdan di dalam slot My Sihat pada 21.12.16. Beliau
telah menyampaikan info-info berkaitan “Fake
Braces – Illegal Dentistry”.
Berikut adalah
petikan ceramah beliau:
SESI KEDUA: FAKE
BRACES
Terdapat dua
perkara paling asas tentang kehidupan kita sebagai manusia atau sebagai hamba
kepada tuhan iaitu:
1. Mengajak kepada kebaikan
Dalam konteks kesihatan pergigian, kita mengajak masyarakat memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, gunakan ubat gigi berflourida, minum air dari bekalan air berflourida, makan makanan yang tinggi khasiatnya seperti banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, senaman dan sebagainya.
2. Mencegah keburukan iaitu melarang berbuat benda yang tidak baik atau perkara yang salah
Jangan makan sireh, pinang, gambir, kapur, jangan merokok. Ia boleh mengelak daripada terjadinya kanser mulut. Kurangkan pengambilan gula berlebihan. Ia dapat mengelakkan terjadinya karies gigi dan kencing manis.
Perbincangan
kita pada hari ini adalah dalam aspek Mencegah
Keburukan daripada terus menular dalam masyarakat. “Fake Braces” – perkataan
itu sendiri sudah menggambarkan apa yang kita perlu cegah dan banteras.
Apa itu “Fake
Braces”?
Fake braces adalah istilah dalam bahasa Inggeris. Ia merujuk
kepada pendakap gigi yang palsu. Pendakap gigi pula ialah alatan yang digunakan
dengan tujuan membetulkan masalah susunan gigi seperti jongang, sesak, jarang
atau lain-lain lagi.
Golongan
remaja merupakan golongan pesakit/pelanggan yang memakai fake braces ini.
Sebagai, contoh kes terbaru kami, satu serbuan telah dibuat pada bulan Jun 2016
di sebuah hotel di Negeri Kedah ini di mana seorang individu membuat perkhidmatan
pemasangan fake braces. Saya sebagai
Pegawai Penyiasat kes tersebut membuat rakaman percakapan terhadap 4 orang
saksi yang merupakan pelanggan kepada individu yang menerima perkhidmatan fake braces ini. Kesemua pelanggan ini
berumur 19 tahun.
Persoalannya
kini kenapa dan mengapakah golongan remaja ini menjadi sasaran.
- Sikap ingin tahu, ingin mencuba, ingin perhatian menyebabkan golongan ini yang paling ramai mendapatkan perkhidmatan fake braces ini.
- Mereka juga merasakan mereka mengalami masalah pergigian seperti gigi sesak, terdapat ruang (spacing) di antara gigi, jongang dan sebagainya.
- Mereka menerima maklumat @ iklan dari individu –individu tertentu berkaitan pemasangan fake braces ini melalui media social seperti Whatsapp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
Untuk makluman
pendengar, tidak semua masalah pergigian yang berkaitan dengan susunan gigi ini
memerlukan rawatan braces. Keperluan
terhadap rawatan braces adalah
berdasarkan Index of Orthodontic Treatment Need (IOTN)
Gred
1 – No treatment need
Gred
2 – Little treatment need
Gred
3 – Moderate treatment need
Gred
4 – Great treatment need
Gred
5 – Very great treatment need
Samada perlu
atau tidak rawatan braces, ianya akan dinilai oleh pegawai pergigian yang berkelayakan.
Oleh yang
demikian, kita perlu ada mempunyai sikap Tabayyun (teliti/selidiki) setiap
berita. Janganlah kita terus percaya dan terima atau pun menolak mentah-mentah
berita/perkara tanpa meneliti dan menyiasat kesahihan sesuatu berita/perkara.kita
kena ada neraca ilmu untuk menilai berita / iklan/cerita itu benar atau tidak.
Nantikan
seterusnya:
SESI KETIGA: TIP-TIP MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA PENGAMAL
PERGIGIAN HARAM
SESI KEEMPAT: IMPLIKASI FAKE BRACES KEPADA MASYARAKAT DAN PENGAMAL PERGIGIAN HARAM
Sumber daripada skrip asal oleh Dr. Ahmad Fadhil B. Mohamad Shahidi